Syair Langit Berdarah

Tuesday, April 21, 2009

Hadir hamba menggenggam ijazah,
Sebuah persuratan penuh sejarah,
Sekian langit memancutkan darah,
Segala diatas langsung cecah ke tanah,

Segenap akal tidak berbudaya,
Sekalian umat beraja di mata,
Segala cita menjadi dusta,
Segala impian musnah belaka,

Mereka datang dari barat negeri,
Mereka hadir dari timur negeri,
Mereka ceroboh utara dan selatan negeri,
Mereka menyerang tanpa resmi berbudi,

Mana pergi nilai insani?
Mana hilang segenap naluri?
Tiadakah lagi budi pekerti,
Hilangkah sudah rasa di hati,

Lama mana lagi mahu kau cengkam,
Ramai mana lagi mahu kau hentam,
Ku lihat langit kini makin kelam,
Terus menatap hatimu yang hitam,

Anak-anak kecil kecil terus menangis,
Ibu-ibu kian menahan luka terguris,
Pejuang-pejuang menanggung luka berkudis,
Menunggu hujan tapi yang tiba gerimis,

Saudara seagama tak henti meratap,
Cukupkah ratap menghenti hati tersentap,
Yang menangis terus mengharap,
Satu keajaiban datang menghadap,

Tanah ini terus dizalimi,
Keganasan terus membakar bumi,
Darah dan tangisan terus menganak sunyi,
Segala usaha tidak berguna lagi,

Semua tangisan menagih harapan,
Agar tiada lagi dentuman persengketaan,
Semangat kemananan menjadi tujuan,
Semoga berakhir segala permusuhan.


[get this widget]

4 kRiTiKaN:

Anonymous said...

maybe, i'll dedicate this to Muslims d Palestine..

bila buat ni? malam eh?

Matt Thunderstrike said...

malam..
sebenarnya assigment ni..
hehe..
x biasa bersyair la..
slalu sajak je..
:)

Anonymous said...

blaja lg eh?
cos apa?

xkisahla syair or sajak, just nice to read. ;p

Matt Thunderstrike said...

saye blaja lagi,kos penulisan la,kat uitm shah alam..
eh,kalau awk de myspace atau ym,add saye tau: agoregore87@yahoo.com