Are You Distracted?

Thursday, February 19, 2009

I’ll tell you a story of mine,
Who never really cherish,
Whose life is often frustrated,
Doesn’t really sure what to do,
Everyday it rolls like a wheel,
But rarely get on top of it.

Doesn’t seems like anyone care for me,
I use to live in my own world,
Without realizing the society,
Well, society sometimes doesn’t make sense.

I used to have major twinge,
Pain to soul is not the same physically,
Cry out loud,
You’ll never heard any sound of it,
Because that hum only kept inside

Through the pains and never glory,
Do I seek for your sympathy?
Do I really care about your perception?
I live for what I belong,
Are you distracted?


[get this widget]

Do I care What You Think?No!

Tuesday, February 17, 2009


Nadi-nadi riwayat ini sentiasa memberontak, masih berkecamuk tatkala senja merah menusuk lapisan kudus yang makin hilang. Tapi segala pancaindera masih beroperasi dengan sistem yang memuncakkan adrenalin ke satu tahap baru. Fikir, fikir dan terus fikir. Apakah kelangsungan aku yang memberontak ini mencakar segenap penglihatan dan mindamu? Tidak rasanya. Aku masih begini. Extrovert itu bukan masalahmu, selagi tidak ku tendang kau terperusuk ke tepi sandiwaramu itu.

Sebenarnya aku sudah penat, penat dengan sikap manusia-manusia berotak separuh seperti kau...dan lain-lain. Mana kau lempar kredibiliti sebagai seorang wanita? atau gadis mungkin. Ah, itu tidak penting selagi jauhari mengenal manikam. Orang-orang bijak akan berkata, kita tidak boleh mengharap semua insan dan apa yang kita lihat di depan mata menjadi seperti apa yang kita mahukan. Ada kau fikir logiknya? Kita bukan hidup seorang, bukan semua di sekeliling kita dapat menghadam personaliti kita. Aku salah seorang daripada golongan yang tidak disenangi itu. Agak kau, ada aku kisah? Kau silap jika menuduh aku tidak ambil peduli. Aku cuba menyesuaikan keadaan, dan cuba menjadi diri sendiri. Terus berenang di laut yang penuh dengan buih-buih asid yang pedihnya menikam-nikam. Dalam benakku, laut itulah simbolik kehidupan. Kau fikir ada orang seperti laut mati? Dari mula hidupnya statik, mati pun tidak rasa sakit? Tentulah tiada. Hidup manusia dapatlah diumpamakan seperti 7 laut penting yang menghubungkan dunia dan sentiasa mengalir untuk bermasyarakat dengan manusia.


Persoalannya, adakah semua manusia menghargai laut sama seperti laut berbakti 24 jam demi manusia?Tidak semua sayang, tidak semua. Kerana itulah, jangan kau persoalkan mengapa terkadang laut dan seisi alam berlaku kejam terhadap manusia. Kerana itulah simbiosis manusia dan alam. Kita punya simbiosis? Tidak rasanya. Celaru, buntu dan sakit hati sering meruntun dalam sanubari ini. Kau tahu kenapa? Tidak?


Sudahlah, omelanku bukan dibayar pun, belum tentu pula dihayati. Aku sentiasa dipandang kosong oleh insan-insan yang punya rupa tanpa wajah seperti kamu...dan yang lain-lain. Cuma satu ingin aku tekankan, aku akan jadi 10 kali lebih baik jika sekali kau baik denganku, 10 kali lebih lembut jika sekali kau lembut denganku, dan sepuluh kali lebih sayang jika kau senyum selalu padaku. Itu sahaja? Tahukah kau tranformasi yang aku perlihatkan bila sekali kau bermain busuk denganku?

Pasti kau tidak perasan bukan? Kerana aku tidak tonjolkan. Aku diamkan. Aku biarkan. Aku makan hati. Aku berlakon. Aku tersiksa. Aku menangis. Tapi itu sudahku anggap cukup untuk ku jadikan senjata penunduk untuk orang-orang seperti kau yang hanya tahu meminta, berlagak manja memancing simpati tanpa pernah gratis. Cuma satu ku pinta, aku pendendam, storan memoriku sudah sesak dengan adegan-adegan khilaf langkahmu. Silap percaturan, bertaburan data-data rosak itu nanti. Buat sementara waktu, aku hanya menongkat dagu mengira masa. Aku hidup selesa dan bebas tanpa sebarang kamera litar tertutup yang mencari kesalahan diri insani.

Oh, lupa mahu aku jelaskan. Tulisan ini bukan untuk kau sebenarnya, bukan juga untuk dia, jauh sekali untuk mereka. Tulisan ini seindahnya dikirimkan kepada seorang sesiapa yang bernama 'MANUSIA BEROTAK SEPARUH' (fahamkan maksudnya).


Akhir sekali, ingin ku tanya lagi, ada aku kisah apa kau fikirkan?





TIDAK!!!


[get this widget]