Sinergi

Wednesday, October 8, 2008

Hidup satu perjalanan,
Simpang siur itu laluan pasti,
Pusing kiri atau kanan,
Hala depan arah bertentangan.
Kecil besar tak pernah kira,
mati itu sudah mesti,
Pilih satu suka atau duka,
kelak rasa bahagia jua binasa,
Rebah itu bukan kalah,
Kalah itu tidak selamanya,
Pegang erat satu ikatan,
Jalinkan kerukunan,
Sama redah tembok sebelum kita bersama,
Kerana satu takkan jadi seribu.


[get this widget]

Kembali

Madah-madah rindu,
Ditiup angin yang membisu,
Bagai lalang-lalang,
segera mengajakku pulang.

Tujah-tujah keras,
Menyiat siyat teras kulit ini.

Terasa aku bahang amarahmu,
Jujur kau tabur limpahan bara kata,
Lecur di dada ini,
Kini kau ubati.

Jauh kembara,
Banyak rencah,
Hanya diri yang mengawal segalanya.

Meski di jalan yang benar,
Andai kau hilang,
Pasti aku tinggal bayang.


[get this widget]