Kerana Darah Masih Mengalir

Monday, March 16, 2009

Mengapa harus aku menangis?
Aku tidak pernah takut.

Semakin banyak darah yang tumpah,
Aku jadi semakin berani.

Saudara-maraku terus meratap,
Aku terus berjuang dalam kelam.

Merah, hijau, hitam dan putih masih berkibar.

Aku lahir dan besar di tanah bertuah,
Aku mahu jadi pengubah sejarah.

Setiap bedil, tusukan dan tembakan,
Aku masih mampu elak dan lari.

Setiap harapan dan kekecewaan,
Ku simpan agar jadi milikku.

Semangat ini takkan pernah padam,
Kerana darah masih mengalir!


[get this widget]