Kerana Darah Masih Mengalir

Monday, March 16, 2009

Mengapa harus aku menangis?
Aku tidak pernah takut.

Semakin banyak darah yang tumpah,
Aku jadi semakin berani.

Saudara-maraku terus meratap,
Aku terus berjuang dalam kelam.

Merah, hijau, hitam dan putih masih berkibar.

Aku lahir dan besar di tanah bertuah,
Aku mahu jadi pengubah sejarah.

Setiap bedil, tusukan dan tembakan,
Aku masih mampu elak dan lari.

Setiap harapan dan kekecewaan,
Ku simpan agar jadi milikku.

Semangat ini takkan pernah padam,
Kerana darah masih mengalir!


[get this widget]

5 kRiTiKaN:

Tukang KARUT said...

Tinta Picisan, semua ni hasil nukilan anda?
agak puitis..
bahasa anda walaupun biasa tp bes bila bc.
sy bkn org seni tp still phm mksd2 yang teselit tuh..

ayat last sekali bes...

'Semangat ini takkan pernah padam,
Kerana darah masih mengalir!

salam pekenalan!

pEnDiTa_GiLa said...

tukang karut-terima kasih..

nak menulis bkn kena ade ayat power baru blh kan?

asalakan pandai susun sudah..

thanks for the support..

salam perkenalan!

:)

Tukang Karut said...

ohh...lupa nk bgtau.
sy tau blog anda ni melalui YouthSays.

xtry publish kat mana2 ke?
mana tau ada pihak hargai..

eager to read your poems more.

Pyanhabib said...

selamat makan nasi, :)

pEnDiTa_GiLa said...

tukang karut:

macamana nak publish?
saye x reti la..
haha..
baru je blaja..
:)