DAJAL

Tuesday, April 21, 2009

Kelam timur terus berkabut,
terpancar sirna suria barat,
pilihan berat ditengah kusut,
terjun keliru ke helah si laknat,

Datang angin dalam sunyi,
terjah ribut dalam serabut,
walau melimpah kurniaan tuhan,
permainan syaitan tetap kau dakap,

Konspirasi mata satu telah lama membelenggu,
seluruh dunia menjadi tapak jajahan,
mahu tak mahu,
semua terus menunduk,

Bukan tidak sedar,
bukan tidak kelihatan,
namun taburan nikmat menimbun gunung,
mahu dibasmi memerangkap diri,
jauh dibuang langsung kecundang,

Apa dikata hujung dunia,
andai sekian lama tidak kau sedari,
kita telah lama mati,
seperti burung menginap sangkar,
tanpa makanan pasti menggelepar.


[get this widget]

2 kRiTiKaN:

Anonymous said...

salam..rasa insaf plak, baca yang ni.

Matt Thunderstrike said...

yang ni sebenarnya pasal dajal dan sistem die..
dajal sebenarnya bukan makhluk,tapi sistem..
dajal dah kuar lame dulu tapi x ramai yg peasan..