Malapetaka di Senjakala

Tuesday, January 27, 2009

Tatkala senja,
Menjelma satu petaka,
Menghapus dosa melaknat si durhaka,

Badai deras menyambar sepi,
Kala diri beselubung mimpi,
Tanah ini mahu dibasmi,
Sedarilah wahai umat yang keji,

Terik pekik kau merayu,
Terus kau dibenam lalu,
Gemuruh luluh ke dasar gelap,
Biar lohong sekujur tubuhmu dilahap,

Disini tiada bantuan,
Hanya amal menjadi bekalan,
Kudratmu terus diratah ngeri,
Bagai tak mampu lagi dikau ratapi,
Sedarlah segalanya takkan sudah,
Selagi dosamu tiada penyudah,

Seluruh umat meludah jijik,
Akibat sejarahmu yang penuh jelik,
Kini sampai hari pembalasan,
Yang lemah takkan terus jadi tebusan!


[get this widget]

0 kRiTiKaN: