Apa makna Hidup

Monday, January 12, 2009

Apa makna hidup,
Jika kita saling bermusuh,
Apa erti saudara,
Jika kita saling membunuh.

Andai terbang satu kurniaan,
Pasti aku jadi raja angkasa,
Bersahabat unggas dan burung-burung,
Disana kebebasan pasti aku kecapi.

Majmuk kita tanpa bersatu,
Berbilang kita tapi tidak terbilang,
Berkurun lagi seperti ini,
Tetapi disini mati begini.

Berat memandang,
Terpaksa dipandang,
Berat memikul,
Terpaksa dipikul.

Tanah, angin, api dan air,
Hidup manusia kerana ia,
Kerana ia juga sengketa tercipta.

Mengharap kebangkitan kaum bertuah,
Semat cinta perkasakan cita,
Semoga perjalanan ini lebih berisi,
Rapat kita sentiasa disisi.


[get this widget]

0 kRiTiKaN: