Aku, Batu dan Muzik rock...

Tuesday, December 23, 2008

Agak sukar bercerita tentang kisah yang tidak diendah. Ini zaman Indie, semua remaja mahu nampak cool, pakaian berwarna warni wajah homoseksual. Bukan niat mempersenda, aku sendiri pernah lalui zaman batak itu. Mujur hanya sementara. Aku bangga sekarang aku tidak lagi bergelumang dengan budaya-budaya mengarut dan keseronokan sementara. Aku mahu nikmat kekal, yang tahan sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya. Biar sampai ke tua, langsung tidak pernah jemu.

Siapa kata aku pasif? Siapa kata aku berotak sempit? Siapa kata aku tidak tahu menilai muzik? Aku pernah melayan pop rock era Spoon, Scoin, Sting dan sebagainya. Aku pernah berseluar Baggy dan full cap senget era Limb Biskut dan Lingkup Park, juga Too phat dan Poetic Ammo. Aku juga pernah fanatik dengan muzik berat-laju-melampau sehingga mahu kelihatan seperti mereka. Bermekap muka kelihatan seperti hantu, berwatak kononnya ganas dan paling cool sekali. Itu zaman Cradle of Filth, Dimmu Borgir, As Sahar, Langsuyr, Mistik, Dark Nirrajim dan sebagainya. Aku terbawa-bawa kegilaan itu sehingga ke universiti. Waktu itu aku juga gilakan Napalm Death, Agathocles, Brutal Truth, Cause for Effect dan sebagainya.


Tapi semuanya tak pernah kekal. Aku mula jemu dengan muzik-muzik begitu. Lagu di radio apatah lagi. Aku bukan memilih, banyak lagu yang aku tahu. Katakan saja dari genre apa sekalipun, aku boleh sebutkan sekurang-kurangnya 3 penyanyi atau band yang berkaitan. Itu sudah cukup baik dari orang yang hanya tahu melayan satu jenis muzik sahaja. Dikatakannya muzik lain bosan, tidak kena selera. Hey brader, nak jadi bagus kena la dengar semua. Jangan buat sombong dan ego dengan barang lu saja. Bila dengar semua, baru la kita boleh menilai mana yang bagus dan mana yang hampas. Contoh korang asyik dengar band A, muzik dari barat, dan korang bangga dengan buaian irama band tu. Satu hari member korang pasang lagu dari band B, muzik dari tanah tumpah darah korang sendiri, terbeliak biji mata korang terkejut buaian irama band B ni jauh lagi berhantu dari band yang korang banggakan tu. So, apa moral yang korang dapat dari cerita ni? Orang kita ego! Bukan semua sebab zaman 80’an dulu bagai langit dan bumi dengan zaman sekarang. Zaman tu tak kira budak bandar, budak felda dan budak kampong, sanggup buat apa sahaja untuk menyokong band-band kegemaran diorang! Apa sahaja yang berkaitan dengan band kegilaan diorang, diorang akan simpan buat kenangan, sampai sekarang ada lagi. Lagi satu, zaman tu bukan macam sekarang, zaman teknologi merapatkan jurang antara manusia. Mereka tak kenal pun artis luar, semua support habis-habisan orang sendiri. Artis seberang? Tak pernah cerita. Orang kita jauh lebih hebat dan gila dari kaum garuda. Walaupun tanpa Myspace, MTV dan handphone, mereka semua sangat dekat. Macam blood brother. Kalau korang kenal otai-otai yang mungkin dah pencen sekarang dan duduk semeja dengan diorang, memang menangis bila cerita balik kenangan masing-masing. Muzik sekarang? Jangan cerita kalau taknak kena maki dan kutuk yang menghinakan dari mereka.


Aku tak lahir zaman tu, aku tak tahu macam mana rasanya berada dalam kelompok itu. Cuma dari research dan contact yang aku buat sekarang ni, aku rasa nak menangis mengenangkan perjuangan mereka yang begitu bersemangat dan susah payah yang mereka lalui sendiri demi kepuasan peribadi dan pengikut-pengikut setia mereka. Budak sekarang? Umur 12 tahun pun dah boleh buat band, bikin lagu sendiri, upload kat Myspace dan Youtube. Tapi ada tak satu lagu tu yang punya impak sebesar lagu-lagu dulu? Tepuk dada tanya selera. Siapa kat Malaysia ni tak kenal Search dan Sweet Charity? Siapa kat Malaysia ni tak pernah dengar lagu-lagu zaman tu? Korang mengaku underground, indie sejati, tapi bila masuk karaoke jamban, lagu apa yang korang nyanyikan? Jangan tipu diri sendiri, nanti korang jugak yang malu.


Sekarang aku nak cerita mengenai diri sendiri pulak. Nilai sebuah muzik dari sudut pandang seorang aku. Mengenai tajuk di atas, mungkin mereka yang rapat dengan aku sudah faham maksud di sebalik tajuk tersebut. Bagi yang tak faham dan ketawa, biar aku ceritakan. Penggal hujung diploma di Dungun, aku sudah mula melayan muzik yang tinggi tahap teknikal dan sangat melodik dari lagenda-lagenda power metal dunia seperti Helloween, Stratovarius, Rhapsody of Fire, Heavenly dan Blind Guardian. Yang peliknya, hanya aku seorang di kalangan kawan-kawan aku yang melayan muzik-muzik begini. Tak pernah ada orang suruh dengar, ia datang dalam diri sendiri. Lepas tu perlahan –lahan aku cari balik lagu-lagu rock klasik. Penangan dari game guitar hero 3. Lama kelamaan aku bertanya pada diri sendiri, kenapa teruk sangat muzik sekarang? Muzik aku dengar ni dari 30 dan 40 tahun yang lepas, kenapa bisanya boleh sampai ke hari ni? Aku dapat rasa semangat tu dibawa sekali dalam muzik mereka. Mereka memainkannya dengan sepenuh hati. Patut la konsert mereka berjuta orang boleh datang. Peminat-peminat mereka ada di seluruh dunia. Di zaman penjualan produk muzik secara fizikal makin tak relevan, band – band lama ni dengan selambanya boleh jual berjuta dalam masa yang singkat. Korang tau tak jumlah jualan album Pink Floyd dan AC/DC? Mereka tahu, peminat muzik rock takkan pernah berpaling, pengikut rock dikatakan paling setia sekali di dunia ni. Ramli Sarip sendiri pernah terkejut masa konsert tengok budak-budak boleh hafal lagu-lagu mereka. Aneh bukan? Apa sebabnya? Fikir logik la beb!


Baru - baru ni, takde la baru sangat pun. Aku tengok balik filem Rock, filem yang gagal di pawagam, tapi mampu membuatkan otai – otai berwajah macho bersorak dan menitiskan air mata kerana nostalgia dan realiti rock and roll yang tersurat. Ramai yang kata filem ni mengarut, benci. Lu bukan mat rock beb! Lu gay! Mana lu nak faham isi cerita ni. Bagi yang faham dan tersentuh, aku yakin dah lebih 5 kali diorang tengok balik. Tak cukup dengan pawagam, mereka beli VCD tengok di rumah. Mat rock pandai simpan barang beb! Diorang tahu nostalgia benda tu bila simpan lama – lama. Melalui filem tu aku sedar, walaupun aku dah dengar banyak lagu, tapi aku tertinggal sesuatu yang amat penting. Apa dia? Roots aku sendiri! Memang la aku ada berlambak lagu rock melayu, tapi bukan semua. Lagu – lagu berhantu dan tinggi nostalgianya aku kurang. Maklum la, lagu melayu lama bukan senang nak cari, lagu mat saleh tu senang je. Aku tertarik sangat dengan lagu yang Rimba Bara bawak masa final Battle of the Band tu. Puitis gila. Aku pun mula la research sikit – sikit pasal rock melayu. Degree aku sambung course penulisan artistik kat shah alam. Kebetulan salah satu subjek masa sem satu aku dapat buat research pasal filem rock. Masa tu aku happy dan bersemangat gila babeng. Sepenuh hati aku buat research tu. Tak lama lepas tu aku dapat tahu yang lagu dalam filem rock tu lagu Sweet Charity – Batu. Ha, ini la dia pencetus semangat aku. Masa tu aku tengah cuti kat kampung. Aku terharu sangat, cam nak menangis. Haha! Pedulik apa orang nak cakap, yang penting aku puas. Korang tau tak berapa lama aku ulang dengar lagu tu? Aku rasa dekat empat jam jugak dari tengah malam sampai pagi. Tak pasal – pasal air mata aku keluar masa dengar lagu tu berulang – ulang. Mungkin sebab aku terlalu menghayati lagu tu. Aku pelik jugak, kenapa lagu ni aku tak pernah dengar di radio kecik – kecik dulu? Struktur lagu sebegini teknikal, lirik sehabis puitis, dibawa pula oleh band pencetus rock melayu. Inilah dia lagu melayu terbaik sepanjang zaman bagi aku. Sejak tu aku gilakan Ramli Sarip dan Sweet Charity. Nak dengar lagu lain diorang yang mantap macam ni korang kena hayati penunggu, ribut 10.59 pagi, arahan, banyak lagi la. Mana ada band lain boleh lawan Sweet Charity. Diorang yang paling layak sekali kalau nak buat konsert besar kat Malaysia ni. Satu Malaysia semua turun. Search? Memang tak boleh lawan Sweet Charity. Search bernafas pun sebab M. Nasir. Takde M. Nasir mungkin Search takkan jadi sebesar sekarang. Lagipun Search publisiti je lebih, berapa pulak filem diorang berlakon. Tapi aku akui, Search tetap legend. Setiap orang dalam Search memang dilahirkan untuk jadi legend. Solo Kid dalam Isabela diiktiraf solo terbaik oleh otai – otai. Tapi perjalanan Sweet Charity lebih menarik bagi aku.

Jika ditanya kepada kebanyakan mat rock di Malaysia, pasti nama Amy Search akan terpacul sebagai idola. Tidak bagi aku, aku lebih kepada disiplin dan pendirian Ramli Sarip. Jika vokal barulah aku menyanjungi Amy Search. Ramli Sarip, papa rock Malaysia yang agung. Dalam Sweet Charity dialah ketua, Sweet Charity bergantung kepada Ramli Sarip dalam perjalanan muzik mereka. Sewaktu Ramli Sarip keluar dari Sweet Charity, Rosli Mohalim pernah menubuhkan Sweet Charity 88, tapi hayat mereka tidak panjang kerana ketiadaan Ramli Sarip di dalamnya. Sweet Charity tanpa Ramli Sarip seperti harimau tanpa kepala. Tiada siapa dapat menidakkan penangan Ramli Sarip ke atas Sweet Charity dan peminat – peminat mereka. Ternyata Sweet Charity bergerak pincang tanpa pengemudi yang sepatutnya. Satu ketika dahulu, Ramli Sarip pernah dipersoalkan dan dicemuh kerana vokalnya, tetapi lihatlah sekarang. Di mana Ramli Sarip? Papa rock Malaysia beb! Ada sesiapa berani persoalkan lagi?


Sesungguhnya lagu batu dendangan Sweet Charity itulah yang membuka mindaku tentang perbezaan muzik dulu dan sekarang. Kekuatan muzik rock klasik terletak pada aspek teknikal dan lirikal. Muzik – muzik moden pula terletak pada kekuatan melodi semata – mata. Jarang budak muda sekarang yang nak dengar solo dalam lagu. Apatah lagi kalau solo tu menjangkau 2, 3 minit. Lirik sekarang? Cinta tiga segi? Haha! Betapa bodohnya. Kaji lirik lagu lama dan bezakan. Itu semua realiti. Zaman berubah dan kita juga harus berubah mengikut peredaran zaman. Tapi jika perubahan itu hanya merosakkan, apa gunanya? Realitinya sekarang, teknologi membunuh pemuzik! Muzik Malaysia sekarang terlalu lemah sehingga tentera – tentera garuda dengan senyuman sinis meracuni serta memerintah kerajaan seni kita. Satu masa dahulu, orang seberang sangat menghormati bakat – bakat dari Malaysia, terlalu ramai yang berbakat di sini berbanding di sana. Cuba sebutkan 2 orang guitar hero dari seberang? Takkan korang nak cakap Ahmad Dhani kot? Aku tahu seorang saja, Ian Antono. Malaysia: Samad Lefthanded, Man Kidal, Shahrul Ekamatra, Rosli Mohalim, Hillary Ng, Kid Search, Joe Wings dan berlambak lagi. Penuh satu mukasurat pun boleh kalau nak buat list. Itu istimewanya scene kita berbanding scene mereka. Tapi kita sedar tak? Kenapa makin layu? Mahu jadi meLAYU? Aku sendiri lihat makin ramai yang mahu mengikut muzik seberang demi memenuhi selera orang kita. Berjaya tak?


Sedarlah, dalam kita mendengar yang baru, yang lama jangan kita lupakan. Kaji sehabis mungkin muzik bangsa kita. Di mana letaknya keistimewaan kita. Bukan hanya mengikut arus, sehingga kita jadi semakin halus. Sekarang aku sudah jumpa muzik yang benar – benar memenuhi spesifikasi tekak aku, dan aku pasti takkan jemu lagi. Korang pulak macam mana? Masih ego dengan indie dan underground korang? Ella dan Search boleh jual beratus ribu album diorang dulu, takkan kita dapat jual lima ribu dah bangga? Underground dan independent bukan alasan. Yang penting kita harus kaji dan sedar. Dah, aku nak layan lagu batu. Pastu layan Handy Black pulak. Mahound dunia dengan Natrah, peh! Melecur. Korang kenal Handy Black? Isa Rahman? Bukan Handy Black celup sekarang tau.


P/S: Tulisan ini bukan bertujuan menghina dan merendahkan sesiapa. Hanya pandangan peribadi seseorang yang kecewa dengan apa yang dilihat saban hari. Kepada semua mat rock, we are blood brother! Ego rock and roll takkan ada tandingan. Biar semua sedar betapa gila dan indahnya muzik kita. Memetik satu dialog dari filem The Rock (1996): ‘Losers always whine about their best. Winners go home and f**k the prom queen – John Patrick Mason’. Sape pergi Rock the World? Ingat lagi Ayid Revenge kate ape? ‘Kepada sesiapa yang kata rock kapak dah mati, lu orang semua boleh balik!’. Haha! Straight on your face kata – kata itu. Rock jalan terus!


[get this widget]

3 kRiTiKaN:

mastikus said...

kadang2 kan...kita sibuk mengata orang tu emo, orang ni fanatik, orang nu poyo..

tapi bila lihat pada frasa2 tersebut, macam...KEBABOM...kena sedas balik dekat diri sendiri gak..

p/s: la la la~

Afna said...

bro..
panjang punye entry..;)

filem rock mamat khalid tu aku tgk ulang kali...

bak kata cikgu aku kat aswara dulu...filem tu satu parodi utk anak melayu kita...
Filem cerdik mmg jarang org suka...

pEnDiTa_GiLa said...

btl tu..
errr, bro ke sis ni?
hehe..
bagi aku, semua filem mamat khalid 'melayu abis'..
kan filem harus membawa identiti sesebuah bangsa?
mamat khalid berjaya dengan tu..
huhu..
x sabar nk tunggu rock 2..