Kalau Adik Mahu Mencabar Mimpi

Wednesday, April 25, 2012

Adik,

Masa muda itu masa paling berharga,
Bukan sekadar frasa,
Tapi rasa yang akan pergi,
Indah yang tak akan kembali,

Adik,

Hidup ini warnanya

PUTIH, KUNING, BIRU, KELABU DAN HITAM,

Dan jika kau cerdik,
Yang terlukis itu mampu diubah,
Boleh dipadam,

Adik,

Bukan abang mahu mengarang,
Tentang prinsip, etika dan pegangan,
Cuma terlintas mahu membetulkan bidik,
Mengkaji selidik,
Melobi nasib,

Adik,

Memang di luar sana banyak pengintip,
Menunggu saat mencorak tertib,
Atur tarimu dengan akal diberi,
Bukan dibonekakan insan tak berperi,

Tapi,

Kalau adik mahu juga mencabar mimpi,
Jangan takut disambar ngeri!


[get this widget]

1 kRiTiKaN:

nina said...

Sedap dan penuh dengan nasihat.