Hidup satu perjalanan,
Simpang siur itu laluan pasti,
Pusing kiri atau kanan,
Hala depan arah bertentangan.
Kecil besar tak pernah kira,
mati itu sudah mesti,
Pilih satu suka atau duka,
kelak rasa bahagia jua binasa,
Rebah itu bukan kalah,
Kalah itu tidak selamanya,
Pegang erat satu ikatan,
Jalinkan kerukunan,
Sama redah tembok sebelum kita bersama,
Kerana satu takkan jadi seribu.
[get this widget]