Jambatan

Thursday, December 27, 2012


Kadangkala aku mahu merasai mati,
Agar bisa sirna dari terang ini,
Ke penghujung gelap dan sendiri,

Tapi, bukankah mati itu maha dahsyat melampau hidup?
Bagaimana kalau aku ingin pulang?

Oh tidak, jambatan itu sudah runtuh!


[get this widget]

I Choose Me

Friday, December 21, 2012


On my most shattered times of the year,
I sweat thought and calamity,
In your time of dying,
I'll live and entertain you a prose,

In every breath I breathe,
I find not a ghost but me,

Between the mighty skies and deep blue ocean,
Lies a fine line between life and death,
What you seek is what you steer,
Behind every curtain that is unclear,

In every breath I breathe,
I find not a ghost but me,

Understand your fear and agony,
Dark reflection of you in my eyes,
What makes you, you,
And what makes me, me,

In every breath I breathe,
I find not a ghost but me,

Choice is giving you chances,
For a better you or worst,
Pick 'em one from thousands,
Or pick nothing at all.


[get this widget]

Tepu

Monday, July 30, 2012

Agak lama aku tidak mencakar dinding ilusi,
Membenih mimpi dan mencetak ayat terapi,

Pohon ini makin layu,
Daunnya makin kering,
Tanpa air dan mentari ia cuba berasimilasi,
Dalam dingin kubikel terasing.

Agak lama aku tidak mencakar dinding ilusi.





[get this widget]

Kalau Adik Mahu Mencabar Mimpi

Wednesday, April 25, 2012

Adik,

Masa muda itu masa paling berharga,
Bukan sekadar frasa,
Tapi rasa yang akan pergi,
Indah yang tak akan kembali,

Adik,

Hidup ini warnanya

PUTIH, KUNING, BIRU, KELABU DAN HITAM,

Dan jika kau cerdik,
Yang terlukis itu mampu diubah,
Boleh dipadam,

Adik,

Bukan abang mahu mengarang,
Tentang prinsip, etika dan pegangan,
Cuma terlintas mahu membetulkan bidik,
Mengkaji selidik,
Melobi nasib,

Adik,

Memang di luar sana banyak pengintip,
Menunggu saat mencorak tertib,
Atur tarimu dengan akal diberi,
Bukan dibonekakan insan tak berperi,

Tapi,

Kalau adik mahu juga mencabar mimpi,
Jangan takut disambar ngeri!


[get this widget]

Yang Tertulis dan Terlukis

Tuesday, April 17, 2012

Ada yang sudah tertulis,
Menari-nari antara garis,

Ada yang sudah terlukis,
Berwarna-warni dan jernih,

Hamparkan aku permaidani terpilih,
Biar senang aku memilih.


[get this widget]

Sepi

Tuesday, February 7, 2012


Aku, seorang sepi.
................................................................
Lukisanku di atas hamparan coretan kelu,
Waima itu pun didengar bisu.
.................................................................
Rinduku pada unggun-unggun sajak,
Benih-benih pemikiran yang terlajak.
....................................................................
Akalku menganak tunas beribu,
Yang keluar dari sangkar tiada satu.

Koma.

Pernah kau dirantai infiniti dalam batang tubuh sendiri?
Gigih kau mengawal tapi jelas kau dikawal?
Istimewa? Unik? Ego? Tidak keruan? Cemas?

Aku tahu. Kerana aku berumah di pulau itu.


[get this widget]