Menjadi diri sendiri

Wednesday, January 7, 2009

Ramai orang cakap, lebih baik jadi diri sendiri daripada berpura-pura. ramai orang cakap, tak guna jadi hipokrit, lagi orang tak suke. tapi persoalannya, kenapa aku susah nak jadi diri sendiri? bila aku nak jadi diri sendiri mesti ada orang persoalkan. aku bukan kau, dan kau bukan aku. kita tak pernah serupa.

Aku benci bila orang cuba nak ubah-ubah diri aku. biar la apa pun aku nak jadi, aku tak pernah kacau orang. aku tak merompak, aku tak membunuh, aku tak merogol. this is how i expose myself! aku tak pernah peduli orang nak cakap aku sakai ke, selekeh ke, ape ke. janji aku dapat jadi diri aku. dalam hidup ni, dah banyak sangat aku berpura-pura. kadang-kadang orang terkejut bila tau diri aku yang sebenar. yela, bila dengan diorang aku lain, tapi dengan orang lain, aku jadi..AKU!

Kacau bilau hidup ni dibuatnya. aku sebenarnya perlukan kawan-kawan yang giler. bukan orang giler, tapi giler2. yup, aku boleh berkawan dengan sesiapa saja, tapi belum tentu aku akan jadi diri aku dengan semua orang. kadang-kadang kita kena jugak hipokrit di sesetengah tempat. jadi, dengan seikhlas hatinya, aku nak nasihatkan sesiapa saja yang kenal aku supaya tidak lagi mempersoalkan diri aku. biarkan aku begini. aku mahu jadi diri sendiri. aku mahu sendiri...


[get this widget]

2 kRiTiKaN:

langsirkalerbiru said...

salam,

bro,identity crisis ka?
emm, jadi diri sendiri tak salah.jadi sajalah. cuma, untuk mengendali orang yang berada di sekeliling, kita raikan saja pendapat dan kemahuan mereka, tanpa mengubah apa yang ada pada diri kita.

benda yang kita mahu, tak semestinya akan kita dapat.

Aina said...

kita jadi macam mana pun, takkan pernah ada yang mahu diam mempersoalkan tentang diri kita.

senang cerita, jadi jelah macam mana pun, macam kau kate, tak merompak, tak membunuh, tak merogol..sudah!!!